Berikut adalah bagaimana untuk menggunakan LoveEye dengan cara yang betul.
Tepuk kepala botol LoveEye secara terbalik di tapak tangan beberapa kali supaya LoveEye Eyebag Serum turun ke bahagian roller
Selfie (supaya nanti boleh bandingkan perubahan)
Roll LoveEye ke sekeliling mata sehingga lembap. Tepuk dengan hujung jari atau urut perlahan-lahan sehingga LoveEye serap sepenuhnya
Roll 2-3 kali sekali setiap hari
Mungkin banyak orang yang bertanya apa itu apple stemcell plus? Kerana produk ini memang belum banyak orang yang tahu, namun ini adalah salah satu cara yang paling ampuh bagi mereka yang mempunyai masalah kulit.
Sebiji epal mampu mengatasi masalah penuaan. Munkin sukar dipercayai, namun itulah kenyataannya kerana buah itu mengandungi bahan anti oksidan yang sangat tinggi. Hasil kajian menunjukkan Epal bukan sahaja dianggap ahan anti-pengoksida, malah ianya juga mampu mencegah penyakit barah. Secara tidak lansung ia boleh menghalang sel dalam badan daripada mengalami kerosakan dan mematikan bahan radikal bebas yang berbahaya.
Epal mengandungi elemen kesihatan ohytonutrient yang boleh melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Pengurus Unit Perniagaan Mibelle Biochemistry Switzerland, Dr Fred Zulli berkata `Pengambilan sebiji epal atau jusnya setiap hari mampu melambatkan proses penuaan'. Sel Stem buah itu mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ia berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan di samping menggalakkan penghasilan sel baru.
"Sel kulit manusia mempunyai jangka hayat terhad, ditambah pula usia yang semakin meningkat selain keadaan persekitaran yang tidak menentu memberi implikasi negatif kepada kulit. Secara tidak lansung keadaan itu menyumbang kepada kehilangan regangan kulit, menimbulkan kedutan dan sekaligus mempercepatkan proses penuaan" katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Lebih menarik buah epal kaya dengan fitonutrien, protin dan mempunyai sel hidup yang panjang, malah ia ada sel tisu Malus PhytoCellTec Domestica pada sel stem pokoknya. Beliau menambah, sel tisu berkenaan didapati boleh membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu (UV).
Epal memiliki khasiat tersendiri yang juaga bertindak mencantikkan kulit, sekaligus mengatasi masalah penuaan. Ia juga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan berupaya menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Sel stem buah itu berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar di samping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.
Pada akhir tahun 2009, sekumpulan penyelidik dari University of Toronto telah mengenalpalsti sel-sel tunjang (stem cell) dermis. Penemuan ini kini membuka pintu kepada generasi kosmetik sel tunjang yang baru ; secara khusus, perlindungan vital kepada sel-sel tunjang kulit manusia untuk keremajaan secara dari dalam kulit, seterusnya akan menyebabkan pemulihan keanjalan kulit dan juga pengurangan kedut.
Pokok Argan adalah spesies pokok endemik yang tumbuh di kawasan separa gurun sekitar barat daya Maghribi sehinggalah ke rantau Tidouf, Algeria di rantau Mediterranean barat. Ia adalah spesies tunggal dalam Argania Genus dan jarang-jarang ditemui.
Tarikh kemaskini : 27 April 2014